Selasa

Prosedur Kahwin di Selangor

waaaaa~~ nanges, meraung, susah nya la nak isi borang nak nikah ni, wahahha, padahal tak la susah mana, tapi leceh sebab taley tersalah tulis, if not, either kena re-do and re-print the form or slash and initial kan kat tempat yang salah tu, tp nampak buruk la kan kalo gitu, so boleh kata myself print nak dekat 6-7 kali gak la, hahaha, pengajaran dia, lain kali seblom tulis tu, praktis tulis guna huruf besar dulu ye, hehe

selain tu myself pun pening2 gak bila nak submit form ni, huhu, pening nak buat apa dulu, apa yang kena anta dulu, saper yang kena anta dulu, kat mana nak anta, jenuh gak google kat tenet, and akhirnya ada found some websites yang sangat bagus and detailed, salute pada mereka2 ini yang bg info berguna. Masa kat kursus kahwin aritu tak sempat ustaz tu nak citer bagi habis, for me, 2 hari kursus kawen memang tak cukup masa ok, coz ustaz2 tu tak cukup masa tuk explain in detail apa nak buat, ye la, lawak dah 2 jam, tinggal 30 minit jer tuk citer in detail, tp lawak dorang bukan lawak sebarangan, mmg lawak yang boleh buat kita paham apa nak buat coz dorang citer based on experience yang other bride n grooms dah faced :) so to mereka2 yang berkaitan, sila la panjang kan masa untuk kursus kahwin, seriously, 2 hari mmg tak cukup!! 

ok, back to my search regarding to prosedur kahwin in Selangor, below are some of my findings tuk di share and usage in future, cewah, cam ayat buat findings lak kan, hahaha ^.^

Prosedur Perkahwinan di Selangor

Prosedur Perkahwinan Bagi Lelaki (Di Selangor)
- Mesti pergi kursus pra perkahwinan yang diiktiraf.
- Dapatkan Borang 2A di JAIS atau Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
- Dapatkan borang pemeriksaan HIV di Pejabat Agama Islam Daerah dan buat pemeriksaan HIV di mana-mana klinik kesihatan kerajaan. Klinik swasta tak boleh tau.Cakap je kat klinik tu nak buat ujian HIV
- Lengkapkan borang permohonan dan pastikan semua dokumen sokongan dilampirkan sekali masa submit borang kat PAID. Pastikan borang dihantar 3 bulan sebelum tarikh akad nikah.
- Dapatkan pengesahan Penolong Pendaftar Nikah Qariah. Biasanya boleh tanya pada PAID siapa Penolong Pendaftar Nikah bagi qariah yang anda tinggal. Yang ni kena bawa 2 orang saksi utk pergi jumpa sekali.
- Bila dah lengkap borang dengan pengesahan PPN, hantar ke PAID untuk dapatkan Kebenaran Berkahwin.
- Bila dah dapat Kebenaran Berkahwin dari PAID, serahkan pada pihak perempuan jika menikah di luar Selangor. Jangan simpan pulak Kebenaran Berkahwin tu.
Prosedur Perkahwinan Bagi Perempuan (Di Selangor)
- Mesti pergi kursus pra perkahwinan yang diiktiraf.
- Dapatkan Borang 2C di JAIS atau Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
- Dapatkan borang pemeriksaan HIV di Pejabat Agama Islam Daerah dan buat pemeriksaan HIV di mana-mana klinik kesihatan kerajaan sama seperti permohonan lelaki.
- Lengkapkan borang permohonan dan pastikan semua dokumen sokongan dilampirkan sekali masa submit borang kat PAID. Pastikan borang dihantar 2 bulan sebelum tarikh akad nikah.
- Dapatkan Borang Kelulusan Berkahwin atau Surat Kebenaran Berkahwin dari pihak lelaki.
- Dapatkan pengesahan Penolong Pendaftar Nikah Qariah. Biasanya boleh tanya pada PAID siapa Penolong Pendaftar Nikah bagi qariah yang anda tinggal. Yang ni kena bawa wali yang sah dan 2 orang saksi utk pergi jumpa sekali.
- Bila dah lengkap borang dengan pengesahan PPN, hantar ke PAID untuk dapatkan kelulusan atau Kebenaran Berkahwin.
- Bila dah dapat Kebenaran Berkahwin dari PAID, serahkan pada PPN sebelum tarikh akad nikah.

see how detail the descriptions are? mmg respect, sangat2 menjawab persoalan me n my fiance 
yang mmg tgh pening lalat, ahhahaha, korang ley download form2 kat below link ok, but ini untuk jais ye, hehe, yang lain ley g kat negeri masing2 nyer jabatan agama islam :)
borang untuk lelaki - click
borang untuk perempuan - click
and for saksi nyer part lak boleh dari kalangan keluarga terdekat cam adik laki or abang/jurunikah/ketua kampung/penghulu kawasan dan kakitangan Pejabat Agama berkenaan dan terdiri daripada orang lelaki sahaja

and other websites yang cerita pasal this borang thingy
http://opiyaonel.blogspot.com/2010/04/borang-nikah.html

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

susahnye nak kawen ek? Fida musti siap dah semua kan? chaiyok2...^^, selamat menempuh hari bahagia...yippie!!!

tomato_masam berkata...

my syg, malangnya tak siap lagi, hehe, baru duk studi proses n prosedu, selasa depan baru nk g settlekan belah laki, lepas2 tu baru ley settle part kiter lak, hehe, susah ok nak jumpa nazir masjid, bila telefon henpon tak berjawab, call masjid tak pernah ada lak, wawawaw~ seksa amatz nak amek tandatangan dorang2 ni~

Aishah Rahman berkata...

I didn't know getting married would be this hard.. Tapi kursus kawin kena attend once in a lifetime je kan?

tomato_masam berkata...

hehe, itu la, sangat pening kepala~~ yupz yupz, luckily kursus kahwin kena attend sekali je :D but make sure sijil tak hilang, coz jais tak ganti with sajil baru~ naya gak kalo kena g lagi sekali..sure nantokz amat Z_Z..ahahhaa~

Aishah Rahman berkata...

haha.. ok.. thanks for the info :0